Berita dan Aktiviti:

Berita Harian - Sedekah Dalam Talian, (klik)

PENGENALAN

Etahlil merupakan satu portal untuk memudahkan umat Islam untuk menunaikan hajat masing-masing seperti mengadakan kenduri tahlil, solat hajat, infaq, bacaan yasin. Amalan sebegini sebenarnya telah wujud dalam masyarakat kita dan semakin dipinggirkan kerana kita tidak mengetahui fungsi dan peranannya bahkan sukar untuk kita lakukan pada masa sekarang. Ianya juga disebabkan oleh kurangnya minat masyarakat untuk hadir ke masjid dan menyebabkan majlis seperti tahlil, bacaan yasin dan solat hajat menjadi agak janggal untuk disertai.

Menyedari hakikat ini, etahlil cuba untuk memainkan peranan ini agar umat islam dapat menjalankan ibadat ini dengan sempurna. Etahlil cuba untuk menemukan mana-mana individu yang berhajat untuk mengadakan tahlil atau mengadakan bacaan yasin dan solat hajat untuk tujuan tertentu dengan kumpulan yang dapat melaksanakan ibadat tersebut. Kumpulan yang dimaksudkan ialah sekolah-sekolah tahfiz, pusat pengajian agama, pondok-pondok, masjid dan surau.    

Sebagai permulaan, pihak pengurusan etahlil telah memilih Madrasah Alyamani Kampung baru Kuala Lumpur sebagai tempat untuk mengadakan majlis bacaan tahlil, bacaan Yasin dan solat hajat. Kita juga mengalu-alukan semua rakan-rakan supaya dapat daftarkan tempat-tempat lain yang difikirkan sesuai untuk menjalankan majlis ini. Sila daftar DI SINI. Mana-mana individu yang berhajat untuk mengadakan bacaan tahlil untuk disedekahkan kepada keluarga atau kenalan yang telah meninggal dunia bolehlah mengisi borang DI SINI dan seterusnya bolehlah memberi sumbangan yang termampu dengan cara bank in terus kepada akaun yang telah ditetapkan.

free web hit counter
free invisible web counter
2008. All Rights Reserved. Powered by IMP2U