Madrasah Al-Yamani, Kampung Baru, Kuala Lumpur
Terletak ditengah-tengah Bandaraya Kuala Lumpur - Kg Baru Flat tinggi pasar minggu Kg Baru KL berdekatan Stesen LRT .
Madrasah ini berkonsepkan pondok dan telah ditubuhkan 12 tahun yang lalu oleh Ustaz Fadzli, seorang pendakwah bebas dan pakar rujuk feqah yang banyak memberi kuliah-kuliah ilmu di masjid-masjid serta pejabat-pejabat kerajaan dan swasta. Kuliah tetap Ustaz Fadzli adalah di Masjid Jamek Kampung Baru KL hari sabtu lepas asar.
Setakat ini Madrasah Alyamani ini menyewa 8 buah rumah di atas flat tinggi kampung Baru dan 5 buah rumah teres sebagai tempat pengajian dan tempat tinggal pelajar. Madrasah ini mempunyai 30 orang pelajar tahfiz berumur di bawah 12 tahun, dewasa 15 orang, pelajar perempuan 26 orang. Dikendalikan oleh 5 orang Ustaz, 2 Ustazah sepenuh masa dan seorang tukang masak.
Dalam keadaan yang serba kekurangan ini Ustaz Fadzli tetap gigih mendidik anak-anak tahfiz dan tahfizah nya. Madrasah ini memerlukan perbelanjaan lebih kurang RM35,000 sebulan untuk menanggung kos sewa rumah, makanan pelajar dan gaji tenaga.
Kepada yang berhajat untuk boleh sedekah wang atau barang-barang makanan atau perkakas letrik seperti peti ais, mesin basuh bolehlah email kepada alyamani@etahlil.com.my atau boleh terus hubungi Ustaz Fadzli 019-3838730.
Untuk urusan membayar zakat, fidyah atau urusan aqiqah, juga boleh hubungi Ustaz Fadzli.
Kepada sesiapa yang berhajat untuk melawat Madrasah ini, sila hubungi ustaz terlebih dahulu melalui Handphone atau SMS
Semoga usaha dan sumbangan yang kecil ini besar rahmatnya disisi Allah.
Akaun Madrasah Alyamani
Maybank - 564098205740 (Khidmat Al Yamani- Melalui mesin ATM / Kaunter)
MELALUI MAYBANK2U
Sumbangan boleh disalurkan melalui MAYBANK2U ke dalam akaun MADRASAH ALYAMANI 5648-0100-6689 atau MOHD FADZLI BIN SYED AHMAD - 1640-9800-8881, letakkan alamat email alyamani@etahlil.com.my.
|